Isnin, 29 Mei 2023

Surah tidurkan baby, surah al an'am





Surah tidurkan baby, agar dapat tidur yang lebih lena, ianya audio sahaja tanpa apa-apa tulisan, ia bagus untuk, bayi yang menangis, tak boleh atau susah tidur.

Bukan saja bayi, malah bapa dan ibu bayi yang tak boleh tidur juga disarankan untuk dengarkan bacaan ini, insyallah ia dapat melegakan stress dan menenangkan minda dan jiwa. "Disarankan pasang volume sederhana saja untuk baby tidur"







#surah

Rabu, 24 Mei 2023

Surah Al ikhlas, serta kelebihannya

 Surah Al ikhlas dan kelebihannya




Surah ini adalah sebuah surah Makkiyah yang mengesahkan mengenai Bilal yang ketika diseksa oleh tuannya yang kejam, dia berulang kali mengatakan “Ahad! Ahad!” (Tunggal, merujuk kepada Allah SWT).

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada di dalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Ayat ini ukan sahaja dibaca oleh penduduk bumi, malah penduduk langit juga membaca surah ini,

Daripada Ibnu Abbas r.a., Rasulullah SAW telah bersabda: “Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat (masyrik ke maghrib). Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.”


Surah Al ikhlas beserta terjemehan



Kelebihan surah al ikhlas





Surah Al falaq, dan kelebihannya

 Surah Al Falaq beserta kelebihannya






Surah ini mempunyai kelebihan tersendiri walaupun bacaan dan ayatnya yang pendek namun mampu untuk melawan sihir2 dan jin2 yang mengganggu seseorang.

Ia dikatakan juga mempunyai pahala bernilai tinggi sehingga 1/3 al quran sama seperti surah 4 qul yang lain seperti al ikhlas dan an nas. Ayat ini diturunkan  semasa nabi muhammad disihir. 

Menurut Abdullah Yusuf Ali pula, pada waktu zaman kenabian Nabi Muhammad shallallahu ‘alaihi wasallam, seorang bomoh perempuan mengenakan sihir ilmu hitam ke atas musuhnya menggunakan sihir pada simpulan. Dengan itu, Allah SWT menurunkan surah ini sebagai perlindungan daripada sihir tersebut.

Al-Imam Muhammad Abduh berkata :  Terdapat banyak hadis yang menerangkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam pernah disihir oleh Labid Ibn al-A’sam. Sihir itu telah berjaya mempengaruhi (meresapi) diri Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam, sehingga mengkhayalkan Baginda dan menyebabkan Baginda seolah-olah melakukan sesuatu padahal baginda tidak melakukannya, atau baginda seperti mendatangi sesuatu, sedangkan Baginda tidak mendatanginya.

Kemudian, Allah SWT menjelaskan kepadanya hal itu, seterusnya bahan sihir itu (dikatakan rambut baginda yang gugur disikat) dikeluarkan daripada sebuah perigi. Setelah itu barulah Baginda shallallahu ‘alaihi wasallam sembuh daripada penderitaannya dan diturunkan surah ini.



Surah Al Falaq





Kelebihan Al Falaq







Isnin, 22 Mei 2023

Surah Al mulk

 Surah Al Mulk serta kelebihannya





kali ini video murottal al mulk yang mempunyai tulisan arab untuk dibaca dan mempunyai tafsir bahasa untuk memahami arti dari surah tersebut. Sekiranya anda belum menghafal surah ini, dan anda memasang surah ini selama 30 hari setiap malam, insyallah anda dapat menghafalnya.

Banyak kelebihan dari surah ini ( boleh lihat video shorts klik label kelebihan surah al mulk)

Antara kelebihan dari hadis adalah sesiapa yang membaca sebelum tidur akan dilindungi sehingga bangun tidur. 

Diriwayatkan dari Abdullah Ibnu Abbas menceritakan Rasulullah SAW pernah bersabda:

“Aku telah menemukan di dalam Al-Quran sebuah surah tiga puluh ayat, barangsiapa membacanya sebelum tidur; tiga puluh perbuatan baik ditulis untuknya, tiga puluh kesalahan dihilangkan sehingga tiga puluh darjah. 

Allah S.W.T. menghantar malaikat untuk melebarkan sayapnya ke atasnya dan melindungi dia dari segala-galanya sehingga dia bangun.“




Ahad, 21 Mei 2023

Amalan murah rezeki

 Amalan murah rezki dari hadis dan al quran




Post kali ini adalah berkenaan amalan-amalan yang boleh menarik rezeki dari hadis dan quran. Ramai dari kita yang dalam kesempitan hidup, ada yang berputus asa sehingga bunuh diri kerana tekanan hidup di zaman ini.

Jadi salah satu ikhtiar kita selain mengunakan tulang empat kerat, kita boleh juga cuba cara kerohanian. Ada pelbagai cara rohani yang boleh dilakukan, sehinggakan ada dari mereka2 yang menggunakan khidmad bomoh dan jin hanya untuk mendapatkan keuntungan dunia.

Disini kita boleh gunakan cara kerohanian islam dari hadis dan quran amalan apa yang boleh menarik rezki sambil mengumpulkan pahala. video di bawah ada jawapannya..

















Surah Al baqarah, surah al imran, untuk tidur lena dan untuk relaks

 Surah Al Baqarah dan surah Al imran 





video dibawah hanya audio untuk didengar sebelum tidur dan semasa tidur, jangan pandang remeh dan enteng tentang surah ini, dikatakan sesiapa yang membaca al baqarah di dalam rumah maka syaitan tidak akan memasuki rumah tersebut selama 3 hari.

Betapa hebatnya ayat yang diturunkan Allah ini sehingga ramai pengamal perubatan menggunakan ayat ini untuk meruqyah pesakit, lebih-lebih lagi surah ini mengandungi ayat yang boleh membunuh atau membakar jin iaitu ayat kursi.

Jadi pasang video surah ini setiap malam atau sekurang2nya 3 hari sekali pasang agar rumah anda aman tenteram dan sejahtera hendaknya.

Dengarkan




semoga ianya bermanfaat bagi semua, sila datang lagi ya...


Kelebihan membaca al quran

 Kelebihan/ fadhilat membaca al quran





Seringkali kita membaca al quran, tetapi tidak tahu akan kelebihan dan fadhilat membaca alquran ini, dikatakan setiap huruf dalam quran ini dibaca akan dapat setiap satu huruf satu pahala, sungguh besar pahala yang diberikan ini. Kali ini blog ini akan memuatkan kelebihan2 ini di sini.

Ramai diantara kita yang ingin membaca Al quran tetapi tidak dapat membaca dengan lancar, anda jangan bersedih kerana ada berita gembira untuk orang yang susah mengeja dan susah baca al quran, lihat berita gembira tersebut di video bawah ini.




kelebihan orang yang susah membaca quran





kelebihan surah al ikhlas








kelebihan surah al waqiah, amalan murah rezeki

  Kelebihan Surah Al Waqiah Surah ini adalah surah kekayaan yang boleh menarik rezeki kepada pengamal atau pembaca surah ini. Berbagai hadis...